Cari Blog Ini

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Selasa, 7 November 2017

3) GUNA TENAGA - OLEH CIKGU NORLIZAH YASSIN ( GURU EKONOMI SEK. MEN. GOMBAK SETIA)


Guna tenaga penuh merujuk kepada keadaan di mana kadar pengangguran berada pada paras yang sangat rendah, iaitu kurang daripada 4%.

Pengangguran yang wujud semasa guna tenagga penuh ialah pengangguran geseran.

Pencapaian matlamat ini penting kerana kerana keluaran negara dan kebajikan masyarakat akan mencapai tingkat yang maksimum pada tingkat guna tenaga penuh.

Berlakunya pengangguran bermakna ketidakcekapan dalam pengeluaran dan pembaziran sumber ekonomi.

Pengangguran menyebabkan individu hilang punca pendapatan dan masalah kewangan menjejaskan kesejahteraan keluarga.

Pengangguran yang serius juga menyebabkan ketidakstabilan politik dan sosial.

b. Pertumbuhan ekonomi yang berterusan digambarkan oleh peningkatan keluaran negara dari setahun ke setahun.

Pertumbuhan ekonomi menaikkan pendapatan negara dan seterusnya menaikkan taraf hidup rakyat apabila jumlah barang yang dapat dinikmati rakyat telah bertambah.

Pertumbuhan ekonomi mewujudkan peluang pekerjaan untuk menampung tenaga kerja yang semakin bertambah dan seterusnya mengatssi masalah pengangguran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan