Cari Blog Ini

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Rabu, 8 November 2017

29) DEFINIS BELANJAWAN NEGARA- OLEH NORLIZAH MOHD YASSIN

DEFINISI BELANJAWAN NEGARA

Belanjawan negara ialah satu pernyataan anggaran hasil dan perbelanjaan bagi tahun hadapan yang digunakan sebagai alat perancangan dan pengurusan sumber ekonomi negara untuk memenuhi keperluan rakyat.
Hasil Negara adalah meliputi semua jenis pendapatan yang diterima oleh Kerajaan dalam bentuk cukai, yuran dan lesen dan lain-lain terimaan, kecuali zakat, fitrah, Baitul Mal dan hasil keagamaan.
Belanja mengurus ialah perbelanjaan bagi aktiviti yang berulangan dan berterusan. (belanja penggunaan)

PERBELANJAAN TANGGUNGAN

Perbelanjaan yang dipertanggungkan terus kepada Kumpulan Wang Disatukan tanpa perlu mendapat kelulusan Parlimen selaras dengan Perkara 98 Perlembagaan Persekutuan Contoh: Gaji/Elaun Diraja, Khidmat Hutang Kerajaan, Pencen, Gaji Hakim-hakim, Gaji Ketua Audit Negara, perbelanjaan Suruhanjaya dan Pemberian Kepada Negeri- Negeri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan