Cari Blog Ini

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Selasa, 7 November 2017

17) HUBUNGAN ANTARA KOS - NORLIZAH MOHD YASSIN

HUBUNGAN ANTARA KOS SUT JANGKA PENDEK (SMC) DENGAN KOS SUT JANGKA PANJANG (LMC)

Rajah dibawah menunjukkan keluk LAC dan SAC. Setiap SAC mempunyai pasangan keluk kos sut jangka pendeknya (SMC) yang bersilang dengan SAC pada titik minimum.

Apabila LAC = SAC, maka LMC = SMC.
Tetapi, titik persilangan antara LMC dengan SMC adalah pada bahagian LAC yang berbeza.
Pada bahagian LAC yang sedang menurun, LMC = SMC pada bahagian bawah LAC. Contohnya, pada output Q1, LAC=SAC1 di A dan LMC=SMC1 di X.

Pada titik minimum LAC, LMC = SMC pada titik minimum LAC iaitu pada tingkat output Q0 di mana LAC=SAC0=LMC=SMC0 di titik Y
bahagian LAC yang sedang meningkat, LMC = SMC pada bahagian atas LAC. Contohnya, pada output Q2, LAC=SAC2 di B, dan LMC=SMC2 di titik Z.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan