Cari Blog Ini

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Rabu, 15 Mac 2017

TAKDIR BERKASIH- ROHANI DERAMAN



Belanja sikit TAKDIR BERKASIH

Suami ditolak ke bilik pembedahan yang letaknya kira-kira 500 meter dari wad. Aku mengekorinya sampai ke bilik menunggu. Di situ, dia direhatkan seketika sambil jururawat membuat pemeriksaan terakhir. Tekanan darah dan denyutan jantung diperiksa sekali lagi.

“Tekanan darah encik naik sikit. Jangan panik. Encik kena bertenang. Serahkan semuanya kepada Allah,” kata jururawat. Dia meninggalkan kami seketika.

“Sayang, bertenanglah. Awak jangan takut. Jangan lalai walau seketika. Sentiasa berzikir dan ingat pada Allah,” bisikku di telinganya. Aku mencium tangannya. Dan dia membalasnya dengan mencium pipi dan dahiku, seperti biasa.

“Tolong doakan saya keluar dari bilik ini dengan selamat,” bisiknya dengan suara gementar.

“Saya tak akan berhenti berdoa untuk awak. Insya-Allah, semuanya akan selamat. Jangan bimbang.
Saya tahu awak kuat dan tabah.” Kami berpegangan tangan. Kami berkongsi semangat.

“Keluar dari sini, orang yang pertama saya nak tengok adalah awak. Tunggu saya,” ucapnya dengan senyuman yang dipaksa.

“Saya akan setia tunggu awak. Ke mana lagi saya nak pergi tanpa awak. Bukankah saya ni dicipta dari tulang rusuk awak.” Aku cuba bergurau. Pada saat itu, kami sangat perlukan kekuatan.

“Kalau terjadi apa-apa pada saya, saya dah maafkan semua orang. Saya dah halalkan semuanya.”

“Jangan cakap macam tu. Takkan terjadi apa-apa kepada awak. Allah akan kembalikan suami saya kepada saya dalam keadaan baik. Jangan fikir yang bukan-bukan. Jangan buat saya risau.”

Bibirnya sekali lagi menguntum senyuman. Walaupun aku tahu dia memaksa senyuman itu, namun aku rasa gembira dengan kekuatan yang ada padanya.
Masa untuk berpisah.
___________________________
BACA KISAH SETERUSNYA...HANYA RM18 + RM6 (DUIT POS)= RM24.
PM @ WHATSAPP: 010-5184827

Tiada ulasan:

Catat Ulasan